Rabu, 29 Februari 2012

SKSS FC tersungkur di pusingan ke-2..

Harapan Skss Fc untuk mara ke peringkat suku akhir kali ini musnah apabila tewas 2-1 kepada pasukan Sk Bkt Jalil.Walaupun Skss Fc dilihat lebih banyak menguasai perlawanan dengan jaringan awal yang dimiliki pada separuh masa pertama, namun kedudukan menjadi seri 1-1 apabila kesilapan penjaga gol SKSS yang menepis bola masuk ke gawang gol. Kedudukan seri kekal sehingga ke akhir perlawanan. Semasa separuh masa pertama masa tambahan, pengadil perlawanan telah menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan Sk Bkt Jalil apabila bola dikatakan terkena tangan pemain pertahanan Skss.Sepakan penalti itu meletakkan SKBJ di depan dengan kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Menurut En Izazaya,jurulatih Skss, " Kami akur dengan kemampuan pasukan kami setakat ini.Tetapi keputusan pengadil perlawanan amat mengejutkan saya kerana ia agak kontroversi dan saya rasa seperti pasukan kami teraniaya pada hari ini.Walaubagaimanapun, kami perlu menerima kekalahan ini dengan hati terbuka kerana inilah yang dinamakan bola sepak, " ulasnya dengan nada kecewa selepas selesai perlawanan itu tadi.Dengan kemenangan itu Skbj akan mara ke peringkat suku akhir esok untuk bertemu dengan pasukan yang belum mempunyai rekod kekalahan setakat ini iaitu Sk Bkt Bandaraya..