Rabu, 14 Mac 2012

LAPORAN: PROGRAM ANAKKU SAYANG SOKONGAN IBU BAPA UNTUK KECEMERLANGAN ANAK-ANAK



Alhamdulilah lega rasanya, tanggal  25 Februari 2012 iaitu hari Sabtu,  satu lagi program pihak sekolah bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling dan juga Unit Kecemerlangan UPSR 2012 SK Seri Suria. Program ini diadakan dengan kerjasama semua guru di sekolah dan telah berjaya dilaksanakan. Ini adalah program kedua yang besar oleh unit ini pada tahun ini. Insyaalah program-program lain akan menyusul lagi selepas ini.
                Program Anakku Sayang ini diberi fokus utama kepada murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada tahun ini yang akan diadakan pada bulan September. Program ini diadakan sebagai satu program sokongan dan semangat yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka. Ini kerana anak-anak memerlukan sokongan daripada ibu bapa dalam mencapai kejayaan. Tanpa ibu bapa anak-anak tidak mungkin akan berjaya.
                Program dijalankan dengan kata aluan daripada pengerusi majlis dan Guru Besar SK Seri Suria iaitu Puan Dhravani a/p Sangarlingam. Dalam ucapan beliau menyatakan ibu bapa haruslah memberi  kerjasama terhadap pihak sekolah dalam menjayakan aktiviti meningkatkan pencapaian anak-anak mereka disamping membantu anak-anak belajar semasa di rumah. Ini kerana anak seperti kain putih yang kosong dan ibu bapalah yang harus mencorakkannya. Majlis juga diberkatkan lagi dengan bacaan doa dan taklimat daripada semua ketua panitia subjek teras.
                Buat julung kalinya program Aku Janij UPSR dijalankan pada tahun ini bagi memberi kesedaran kepada murid dalam mencapai UPSR meningkatkan kerjasama ibu bapa / penjaga murid tahun 6 dan ibu bapa dalam merealisasikan kejayaan mereka dalam UPSR pada tahun ini. Acara kemuncak adalah ceramah keibubapaan oleh Puan Mahani (Pegawai Bimbingan dan Kaunseling, JPNWPKL) deklamasi sajak daripada adik Fatin dan juga cabutan bertuah. Ceramah yang diberikan banyak memberi kesedaran kepada ibu bapa dan guru tentang peranan mereka.
Diharap program ini dapat memberikan manfaat kepada semua murid tahun 6 dan terima kasih kepada ibu bapa /penjaga yang telah memberikan kerjasama hadir bersama-sama menjayakan program ini. Semoga berjaya.