Jumaat, 3 April 2015

Bengkel Kemahiran Belajar Tahun 6

Unit Kecemerlangan UPSR dengan usaha sama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya mengadakan Bengkel Kemahiran Belajar khusus bagi murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada bulan September ini. 

Program ini diadakan bagi membantu para pelajar mendisiplinkan diri dari aspek pengurusan masa yang efektif. Setinggi-tinggi penghargaan juga dikalungkan buat Ustaz Ahmad Tarmizi selaku Ketua Guru Disiplin SKSS yang turut serta dalam menjayakan program pada pagi ini. Semoga program ini dapat membantu dalam meningkatkan prestasi anak-anak SK Seri Suria pada masa yang akan datang.