Selasa, 7 Mei 2013

Pengenalan Sistem Baru SPS


SPS (SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH) APLIKASI WAJIB UNTUK SEMUA GURU DAN WARGA SEKOLAH.
SPS AKAN DIJADIKAN SATU-SATUNYA PERISIAN DI SEKOLAH MENGGANTIKAN SEMUA PERISIAN YANG ADA. SEMUA GURU DAN WARGA SEKOLAH AKAN DIKEHENDAKI MENGGUNAKAN PERISIAN ATAU APLIKASI SPS SEPENUHNYA KELAK UNTUK SEGALA PENGURUSAN DISEKOLAH TERMASUK PENYEDIAAN MENGAJAR, PENGURUSAN MURID DARI SEGI KURIKULUM, HEM DAN KO-KURIKULUM.
SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).
SPS mengandungi modul-modul pengurusan iaitu :
1.Pengurusan Maklumat Sekolah 2.Pengurusan Kemudahan Sekolah 3.Pengurusan Takwim 4.Pengurusan Pentadbir Sistem 5.Pengurusan Staf 6.Pengurusan Murid 7.Pengurusan Sistem Rumah 8.Pengurusan Jadual Waktu 9.Pengurusan Asrama 10.Pengurusan Kehadiran 11.Pengurusan Kedatangan Murid 12.Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling 13.Pengurusan Buku Teks 14.Pengurusan Disiplin 15.Pengurusan Kurikulum 16.Pengurusan Kandungan 17.Pengurusan Program Nilam 18.Pengurusan Peperiksaan 19.Pengurusan Kokurikulum 20.Pengurusan Laporan 21.Pengurusan Utiliti 22.Pengurusan e-Cuti
Penggunaan aplikasi SPS akan dilaksanakan secara beransur-ansur. Ia akan dimulai dengan 5 modul yang terawal.