Jumaat, 18 Oktober 2013

MAKLUMAN PELAKSANAAN UJIAN KOMPETENSI ICT KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA)

WAJIB UNTUK  SEMUA GURU & PENTADBIR  
TARIKH DILANJUTKAN, TARIKH AKHIR: 30/10/2013

   Merujuk perkara di atas, semua guru dan pentadbir sekolah dipohon agar dapat memastikan bahawa mereka dapat menduduki ujian kompetensi ICT tersebut yang akan dilaksanakan secara dalam talian bermula 17-22 Oktober 2013.

  Ujian akan dibuka secara dalam talian pad a 17 Oktober 2013 (Khamis) bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pad a 12.00 tengah malam 22 Oktober 2013 (Selasa). Ujian boleh diakses 24 jam di pautan http://ict-kpm.azurewebsites.net . Ujian tersebut mengandungi 30 soalan yang wajib dijawab kesemuanya dalam tempoh 40 minit.



PANDUAN UJIAN KOMPETENSI ICT SECARA DALAM TALIAN

1. Guru dan pentadbir sekolah (Pengetua/Guru Besar) haruslah menjawab ujian ini dengan penuh nilai integriti dan profesional untuk memastikan data hasil dari ujian ini adalah tepat untuk untuk membantu pihak KPM merancang dan melaksana program latihan untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan.

2. Ujian boleh dicapai secara dalam talian pada 17 Oktober 2013 (Khamis) bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada 22 Oktober 2013 (Selasa) jam 12.00 tengah rnalarn dengan akses 24 jam di pautan :


3. Terdapat 30 soalan berbentuk objektif yang perlu dijawab kesemuanya dalam tempoh 40 minit menggunakan pelbagai peranti (device) telekomunikasi. (Contohnya : computer, iPad, tablet, smartphone dll.)

4. Calon diminta memasukkan kad pengenalan untuk rnasuk ke ruang dashboard ujian.

5. Klik butang MULA untuk mula menjawab soalan ujian.

6. Klik pada ruang jawapan yang dipilih dan klik butang SETERUSNY A untuk ke soalan
yang berikutnya.

7. Untuk perhatian, setiap soalan mesti dijawab sebelum boleh bergerak ke soalan yang berikutnya.

8. Sekiranya kesemua 30 soalan telah dijawab ataupun rnasa menjawab telah tamat, satu paparan akan keluar menyatakan ujian tersebut telah tamat. Klik butang LOG KELUAR untuk keluar dari sistem ujian kompetensi tersebut.

9. Pegawai JPN dan PPD boleh memantau status guru di negeri dan daerah masing masing-masing. Untuk memudahkan pengurusan di peringkat sekolah, Pengetua/Guru Besar juga boleh memantau status guru yang telah menjawab (selesai semua 30 soalan), belum selesai menjawab (belum habis 30 soalan) dan belum mula menjawab ujian tersebut (langsung tidak menjawab) di peringkat sekolah masing-masing berdasarkan modul laporan setelah Pengetua/Guru Besar log masuk ke dalam sistem yang sama.

10. Guru dan pentadbir diminta menjawab soalan ini mengikut tempoh tarikh yang ditetapkan. Untuk makluman, guru dan pentadbir boleh menjawab di luar masa sesi persekolahan.

11. Sekiranya terdapat masalah semasa menggunakan sistem ujian tersebut , hubungi talian 03-77310327/03-77107100 atau emel kepada helpdesk.opulens-sa.com.